SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BADMINTON MSSM

Peraturan Pertandingan


PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN BADMINTON MAJIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA 2019

1.       UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1.   Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton
                    Dunia (BWF).
1.2.   Pertandingan ini juga dijalankan mengikut  Peraturan Am MSSM.

2.              KELAYAKAN

2.1.   Murid-murid  yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah dan menengah
             serta sekolah swasta dan sekolah agensi kerajaan lain adalah layak menyertai
             pertandingan ini. (Rujuk Peraturan Am 3).

3.        HAD UMUR PESERTA (Rujuk Peraturan Am 4).

3.1      Lelaki 18 tahun dan ke bawah
3.2      Lelaki 15 tahun dan ke bawah.
3.3      Lelaki 12 tahun dan ke bawah.
            3.4    Perempuan 18 tahun dan ke bawah
3.5      Perempuan 15 tahun dan ke bawah.
3.6    Perempuan 12 tahun dan ke bawah
               
4.                  JENIS PERTANDINGAN – INDIVIDU SAHAJA.

4.1.             Perseorangan lelaki.
4.2.             Perseorangan Perempuan.
4.3.             Beregu lelaki
4.4.             Beregu Perempuan.
4.5.             Beregu Campuran (18 tahun dan ke bawah)

5.             PENDAFTARAN PEMAIN

                5.1        Semua pendaftaran atlet dan pegawai dibuat melalui  E Kejohanan
5.2        Setiap MSS Negeri dibenarkan mendaftar dua (2) orang pemain bagi acara perseorangan dan dua (2) pasangan pemain bagi acara beregu.
5.3        Seorang pemain di benarkan mengambil bahagian dalam satu (1) acara perseorangan dan satu (1) acara beregu sahaja atau 2 acara beregu sahaja (Bawah 18 tahun)
5.4       Kad Pengenalan Asal/Salinan Sijil lahir yang disahkan (seperti Lampiran B )  hendaklah dibawa bersama semasa kejohanan.
5.5        Semua borang pendaftaran hendaklah di sahkan oleh Pengetua atau Guru Besar.
5.6      Pertukaran pemain adalah dibenarkan jika disertakan surat pengesahan dari Pengetua/Guru Besar/Ketua Unit Sukan MSS Negeri atau Pengurus Pasukan mengikut tarikh yang ditetapkan.
5.7          Pemain seeded boleh diganti.

6.             SISTEM PERTANDINGAN

                6.1          Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati (knock out system) ,
                6.2          Keutamaan pemain (seeding) hendaklah diadakan.
                6.3          Pengiraan mata adalah mengikut undang-undang BWF melainkan diputuskan oleh
                             Referi dan pihak penganjur.
6.4.              Keputusan setiap perlawanan ditentukan melalui  tiga perlawanan terbaik (Best of 3)
               
7.             PAKAIAN

7.1.            Pemain dibenarkan memakai baju “T” sebarang warna atau baju “T” MSS
                             Negeri dan seluar sebarang warna tetapi ia mestilah tertakluk kepada syarat- 
                             syarat pengiklanan dan undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
7.2              Pemain-pemain dibenarkan memakai seluar trek berwarna gelap.
7.3            Pemain-pemain tidak boleh memaparkan iklan-iklan yang dilarang yang terdapat unsur-unsur negatif dan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

8.             GELANGGANG DAN PERALATAN

                8.1        Mengikut spesifikasi Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).
 8.2        Jenama bulu tangkis yang digunakan adalah daripada Penaja Rasmi atau ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal MSSM.

9.             KETEPATAN MASA

9.1        Semua perlawanan akan dijalankan mengikut Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan
             kecuali diberitahu oleh Referi atau pihak penganjur. Pemain-pemain hendaklah
             berada di venue pertandingan 30 minit sebelum perlawanan (match) mereka
             dimulakan dan bersedia bermain di gelanggang yang kosong (available courts).
9.2          Selepas pengumuman sesuatu perlawanan pemain hendaklah melaporkan diri
             kepada pengadil perlawanan berkenaan. Pemain yang gagal melaporkan diri
             dalam masa 5 minit akan dikira kalah dan kemenangan percuma akan diberi
             kepada pihak lawan.
9.3          Masa rehat pada masa ‘game’ pertama ke ‘game’ kedua ‘game’ kedua ke ‘game’
             penentuan (jika ada) ialah 2 minit. Masa rehat dalam sesuatu ‘game’ apabila
             seseorang pemain mencapai mata ke 11 ialah tidak melebihi 60 saat.
             (Rujuk syor-syor kepada Pegawai Gelanggang – BWF)
9.4       Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi Kehormat/urus setia 30 minit
            sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

10.          MENERIMA NASIHAT JURULATIH.

10.1     Pemain boleh menerima nasihat jurulatih, semasa pertukaran petak gelanggang di antara game dalam tempoh masa maksima 2 minit. Pemain juga boleh menerima nasihat jurulatih semasa rehat dalam sesuatu game apabila seseorang pemain mencapai mata ke 11. Jurulatih atau pegawai pasukan hendaklah meninggalkan gelanggang apabila pengadil membuat pengumuman masa tinggal 20 saat.
10.2      Nasihat atau tunjuk ajar jurulatih dari tepi gelangang semasa “rally” berlangsung adalah tidak dibenarkan sama sekali.

11.          REFERI / PENGADIL / HAKIM GARISAN

11.1      Kejohanan ini akan menggunakan khidmat Rpengadil bertauliah. Setiap negeri dikehendaki menghantar  dua (2) orang pengadil yang aktif dan  bertauliah sekurang-kurangnya Tahap 2.
                11.2     Pihak pengelola  akan menyediakan Hakim Garisan dengan secukupnya.
                11.3     Keputusan pengadil adalah muktamad. Seorang pemain hanya boleh merayu kepada
                            Referi Kejohanan dalam perkara undang-undang sahaja.





12.          PENANGGUHAN PERLAWANAN

                12.1      Penangguhan perlawanan tidak dibenarkan kecuali diputuskan oleh Referi kejohanan
                             dan pihak penganjur.

13.          PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN / KEDUDUKAN PASUKAN.

13.1.         Johan keseluruhan akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah pungutan pingat-emas/perak/gangsa.
13.2.        Jika jumlah pungutan pingat adalah sama banyak, maka kedudukan “rangking” pasukan akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah pungutan mata.
13.3.       Sekiranya jumlah pungutan masih sama, maka Jawatankuasa Teknikal Badminton MSSM akan membuat keputusan untuk menentukannya.
13.4.         Pemberian mata adalah diselaraskan bagi semua kategori umur. (Rujuk jadual berikut)

JADUAL PEMBERIAN MATA MENGIKUT PENCAPIAN INDIVIDU TANPA KLASIFIKASI
JOHAN
NAIB JOHAN
SEPARUH AKHIR
SUKU AHIR
PUSINGAN 1/2
30
23
18
10
5

14.                BANTAHAN

14.1.           Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut undang-undang BWF dan peraturan Am MSSM.
14.2.          Bantahan secara lisan dibenarkan tetapi satu surat yang ditandatangani oleh pengurus pasukan mesti   disampaikan kepada referi kejohanan / pihak penganjur tidak lewat dari 30 minit selepas perlawanan   yang dipertikaikan itu tamat. Bantahan hendaklah disertakan bersama-sama bayaran RM 200.00.
14.3.           Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut ditolak.

15.          MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

15.1       Sekiranya seseorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
               daripada pertandingan, maka lawannya akan dikira pemenang.

16.          LEMBAGA JURI RAYUAN

                       Rujuk Peraturan AM MSSM  (Peraturan 13)

17.          LEMBAGA TATATERTIB

                       Rujuk Peraturan AM MSSM (Peraturan 14)

 18.        PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA.

                18.1.    Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi.

                18.2      Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am dan Peraturan
                             Pertandingan ini akan diputuskan oleh Referi Kejohanan dan Jawatankuasa
                             Pengelola  dan keputusan itu adalah muktamad.
                             (Rujuk Peraturan Am MSSM – Peatauran 19).

  
19.          AM.

19.1.        Borang penyertaan rasmi hendaklah ditaip dengan lengkap, disahkan dan dihantar kepada pihak pengelola mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
19.2.       Sekiranya ada pertukaran pemain, ianya hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi daripada pengelola dan dihantar kepada pihak pengelola  mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
19.3.          Tarikh pengundian akan ditentukan oleh pihak Pengelola dan Jawatankuasa Teknikal Badminton MSSM. Pengundian dibuat secara tertutup. Mereka yang hadir adalah seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Badminton MSSM.
19.4.             Semasa taklimat Pengurus Pasukan ,ditetapkan 3 orang dari setiap negeri hadir iaitu Pengerusi Teknik Negeri, Pengurus Pasukan dan Ketua Jurulatih.




Disediakan oleh:

Jawatankuasa Teknik Dan Pembangunan
Sukan Badminton MSSM
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni,
Kementerian Pendidikan Malaysia

 



No comments:

Post a Comment